Wednesday, January 26, 2011

facebook shortcut link


derr.. malasnyer nk login facebook ni.. da la dgn masa yang tak cukup.. tambah-tambah lagi dengan kelas berlambak - lambak, belum masuk assignment lg.. anyway, kat sini saye nak share satu info menarik mengenai link untuk login facebook..

selalunya saye tak taip link penuh macam yang member-member lain taip.. facebook.com..
panjang derr.. sye taip "fb.me" je.. then enter.. (belagak siot.....)

tak biasa..? try la.. banyak lagi link yang bole sambung dengan facebook tu.. antaranya adalah..

fb.me
fb.com

nak lagi gempak bole guna link ni..

vip.facebook.com
whyfacebook.com
facebook-login.com
facebook.org

dan banyak lagiii.....
untuk pengetahuan anda, facebook juga ini mempunyai 71 host point.. iaitu 71 link yang boleh diakses dengan mengunakan nama yang berbeza...
maklumat lanjut boleh pergi ke link ini...  facebook link

Sunday, January 16, 2011

apa yang anda perlu tahu tentang Twitter



saye pun ade acc twitter, so follow me disini..

Porsche yang tak pakai minyak













nak tutup Hibernate pc anda

untuk menutup fungsi Hibernate pada PC/Laptop tidaklah susah..
ianya sangat mudah. hanya perlu teliti semasa memasukan code-code di dalam Command Prompt.
caranya adalah seperti berikut,

1. klik pada start, dan taip "cmd.exe" kemudian right click dan pilih "Run as administrator"



2. setelah keluar windows Command Prompt, masukan code ini, "powercfg -h off"
dan kemudian enter.


3. taip "exit" dan enter..
selesai..

p/s: kenapakah saya memilih untuk menutup fungsi Hibernate? menurut pengalaman saya, fungsi ini mampu meng'kong'kan battery laptop sekiranya digunakan.

80-port USB hub

80-port USB hub.. biar betul..
haa.. jangan tak percaye plak.. sebelum ni mmg sudah ade 49-port USB hub..
tapi kalini 80 port usb telah dihasilkan.. harganya sekitar RM 500.00 je.. 


tetapi ianya hanya untuk mengecas sahaja.. tidak boleh digunakan untuk transfer data..
ape yang best, aliran tenaganya boleh dilaras mengikut kesesuaian..

info lanjut di engedget

Facebook New Profile [UPDATED] - Kini Mudah dan Sangat Mudah

salam pertemuan kali ini..
untuk pertemuan kali ini saye akan tunjukan langkah yang lebih mudah untuk mengedit profile facebook anda..
mudah dan sangat mudah.. ianya tidak memerlukan Adobe Photoshop untuk proses editing..

anda hanya perlu pergi ke web ini Pic Scatter


pilih untuk upload picture,
resize secukup rase,
dan download pictures..
mudah je kan..? tak perlu lagi gunakan Photoshop..
step tagging masih seperti biase..
have fun.. semoga berjaya..
Practice make perfect..

Thursday, January 6, 2011

Pc Rating 7.9!!


wah..! PC rating 7.9? mantap sih..
macam mane nak buat ek..? senang je..

1. klik start, taip "rating" pastu enter


2. akan keluar satu paparan Perfomance information and tools..



3. kat sini kalau tiada base score korang kena refresh score pc korang dengan klik "re-run the assessment". SEKIARANYA ADA, PROSES "RE-RUN THE ASSESSMENT" TIDAK PERLU DIJALANKAN. prosesnya tidaklah mengambil masa yang lama. ianya bergantung kepada kemampuan pc anda.


4. setelah selesai, pergi ke C:\Windows\Performance\WinSAT\DataStore
di sini terletaknya file-file yang akan kita editkan sebentar nanti.


5. klikkan pada fail yang mempunyai nama "... Formal.Assessment (Recent).WinSAT.xml"
buka file ini dengan menggunakan microsoft word.
scroll sehingga anda jumpa "WinSPR"


6. editkan numbor-nombor seperti di dalam rajah. perlu tahu bahawa nilai maksimum yang hanya diterima adalah "7.9"



maklumat tambahan;
SystemScore = Base Score
MemoryScore = Memory (RAM)
CpuScore = Processor
GraphicsScore = Graphics
GamingScore = Gaming graphics
DiskScore = Primary Hard disk

7. setelah selesai, save-kan file itu tadi di tempat yang berlainan, sebagai contoh, saya save-kan di "D:"


8. setelah save, drag-kan file itu tadi ke tempat asal, seperti di dalam rajah.
popup windows akan muncul, anda hanya perlu klik pada "copy and replace"


9. buka semula Perfomance information and tools anda, seperti langkah pertama tadi, dan ianya telah selesai.. 7.9 kini milik anda..


p/s: sekiranya langkan ke-8 tidak dapat diteruskan, anda perlu download file ini.. [Link]

1. langkahnya adalah klik "InstallTakeOwnership"
kemudian "Yes" dan "Yes" dan akhir sekali "Ok"
2. pergi ke C:\Windows\Performance\WinSAT\DataStore dan right click kan pada folder itu, dan pilih "Take Ownership"



3. setelah selesai, lakukan semula langkah ke-8 dan ke-9 itu tadi..

Semoga Berjaya.. Happy 7.9..!

Tuesday, January 4, 2011

Facebook New Profile Images


salam pertemuan kali ini.. memandangkan banyak permintaan yang ingin belajar bagaimana untuk menghack profile facebook menjadi lebih gembak, jadi di sini adalah tutorialnya

ok first sekali, download file yang diperlukan disini. [Link]

untuk editing saya gunakan Adobe Photoshop CS5. CS4/CS3 mungkin boleh digunakan, tetapi saya lebih gemarkan CS5..


drag-in gambar yang anda ingin edit ke dalam photoshop itu tadi, pastikan gambar anda itu tadi berada di bawah layer "Facebook interface".. untuk saya, sebagai contoh, saya gunakan gambar "Images"..



selepas itu gunakan "Move Tool" untuk resize-kan gambar anda mengikut kesesuaian..



setelah selesai, klik pada File > Save for Web & Devices..


untuk langkah ini anda perlu klik kan pada kotak yang memaparkan gambar anda..
caranya adalah dengan hold Shift pada keyboard, dan klik (klik satu demi satu kotak).. lakukan seperti di dalam rajah yang telah saya hasilkan..


dan setelah selesai, klik save..


setelah itu, akan ada popup windows Save Optimized As..
pastikan kotak yang ditandakan merah itu tepat seperti di dalam rajah..
dan kemudian klik save..


inilah hasilnya..


tetapi ianya masih belum selesai..
uploadkan kesemua gambar ini ke dalam facebook album image..
setelah selesai, ikuti langkah tersebut..

tag Facebook-New-Profile_14.jpg dengan nama anda sendiri..
kemudian tag Facebook-New-Profile_12.jpg dengan nama anda sendiri,
kemudian tag Facebook-New-Profile_10.jpg dengan nama anda sendiri,
kemudian tag Facebook-New-Profile_08.jpg dengan nama anda sendiri,
kemudian tag Facebook-New-Profile_06.jpg dengan nama anda sendiri,
dan akhir sekali setkan Facebook-New-Profile_03.jpg sebagai Profile Image

p/s:
1. untuk memudahkan proses tagging, anda hanya perlu klik pada previous
2. pastikan susunan tagging gambar adalah betul, iaitu dari kanan ke kiri..

selesai.. semoga berjaya.. Peace..

Hack Taskbar

salam pertemuan.. untuk pertemuan kali ini, kita akan hack taskbar seperti di dalam gambar di bawah..


caranya sangat mudah. apa yang perlu anda lakukan adalah dengan mengunpinkan segala program di taskbar anda



kemudian hasilkan satu folder dengan nama mengikut citarasa anda. untuk saya, sebagai contoh saya gunakan "fb.me"



setelah selesai, right klik pada taskbar anda.
pilih "Toolbars" > "New toolbar..."


pilih folder yang baru anda hasilkan sebantar tadi, dan klik "Select Folder".


setelah selesai, pada taskbar, right klik dan pilih "Lock The taskbar"


drag dan susun dengan kemas seperti di dalam rajah.. rapatkan garis sempadan taskbar folder.


akhir sekali, pada taskbar, jangan lupa untuk kuncikan semula taskbar


selesai.. semoga berjaya..!!
untuk saya, saya lebih gemarkan untuk meletakan taskbar di atas desktop.. ianya mudah untuk mencapai file-file dan program-program.. cubalah..